Pulau Pinang negeri yang kaya dengan warisan sejarah ini mempamerkan percikan pengaruh budaya yang diterima. Sejarah juga menyaksikan orang-orang asing seperti dari China dan India sebagai pedagang dan mencari kehidupan. Sehingga ke hari ini suasana budaya dan adat tradisi masyarakat Pulau Pinang dimiliki oleh tiga kaum terbesar di Pulau Mutiara itu iaitu kaum Melayu, Cina dan India.Kaum Melayu terkenal dengan Baju Kebaya Labuh dan Baju Kurung dan kaum lelaki memilih Baju Melayu Cekak Musang. Kaum India pula dengan jaket dan baju dalam yang dipadankan dengan kain pelikat dan topi dan kaum wanitanya memilih Baju Kebaya Labuh atau Baju Kebaya Pendek Bersulam. Kaum Cina pula dengan Samfoo dan Cheongsam manakala golongan Baba lebih senang memakai Samfoo yang dipadan dengan seluar dan Nyonya Pulau Pinang lebih menggemari Baju Kebaya Pendek berkain batik ataupun berkebaya Labuh Nyonya.
Lelaki memakai pakaian Kaum Melayu Peranakan dan wanita memakai Baju Panjang dan Baju Kecik pakaian tradisional kaum Nyonya
Lelaki memakai pakaian cara barat yang dipadankan dengan kain samping dan tarbus, pakaian yang digemari oleh Melayu Peranakan. Wanitanya memakai Baju Kebaya Sulam dengan kain batik dan selendang, pakaian yang digemari oleh kaum Nyonya dan Chettiar
Baju Kebaya Sulam dari kain kasa yang digayakan dengan kain batik sarung. Baju ini lazimnya disulam dengan motif bunga cempaka sulaman tebuk terus dan dipakai dengan kerongsang berantai
Baju Kebaya Labuh dari kain satin disulam tebuk motif bunga cempaka dipadankan dengan kain batik sarung
Lelaki memakai Baju Melayu Cekak Musang dan samping songket jalur berdiri. Wanita berbaju Kebaya Sulam dan kain batik
Baju Kebaya Sulam tebuk terus yang dipadankan dengan kain dan selendang batik. Sulaman motif bunga-bunga yang indah melambangkan kemahiran wanita Nyonya dalam kerja tangan ini
Kebaya Sulam motif bunga kekwa dipadankan dengan kain batik blok motif bunga kekwa juga. Kebaya jarang yang dulunya dipakai dengan anak baju atau Baju Kecik di sebelah dalam
Pakaian Nyonya muda dari Pulau Pinang, Baju Kebaya Sulam dan kain batik sarung motif pohon bunga matahari dan kakinya bunga menjalar
Baju Kebaya Sulaman motif bunga yang dipakai bersama anak baju. Kain sarung motif fantasi bunga-bungaan
Baju Melayu Cekak Musang yang dipadankan dengan samping songket dan songkok
Pakaian lelaki Melayu Peranakan dari Pulau Pinang, Baju Kot yang dipadankan dengan seluar pantaloon, kain sarung pelikat serta tarbus Arab atau songkok
Lelaki Cina memakai pakaian bangsawan Cina. Bajunya besar dipadankan dengan seluar yang dibuat dari kain satin hitam atau putih
Baju Panjang Nyonya dari kain kasa dipakai dengan anak baju atau Baju Kecik. Baju ini dipakai dengan kain tenun Terengganu corak Pahang atau corak tapak catur bunga tabur
Wanita Chettiar atau wanita Nyonya menggayakan Baju Kebaya Labuh kasa jarang beserta anak baju putih kolar tinggi dan kain batik. Sapu tangan adalah pelengkap pakaian yang lazimnya disangkut di atas bahu. Kerongsangnya dikenali sebagai kerongsang berantai dan memakai tiga batang cucuk sanggul bunga
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment